Wednesday, 9 November 2016

Aktiviti menarik di Terengganu


Bermain dengan gajah di Perkampungan Gajah Kenyir (Kenyir Elephant Village) 

Sebagai seorang pencinta alam, Perkampungan Gajah Kenyir ternyata tidak menghampakan aku. Kunjungan ke sini penuh dengan rasa puas hati sebab dapat berjalan dan menikmati pemandangan tumbuhan hijau yang cantik serta berpeluang untuk melihat persembahan gajah.

Lokasi: Pengkalan Gawi, Sungai Telemong, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia
Harga tiket: RM15 (kanak-kanak), RM30 (dewasa)


Kutip Kepah di Kampung Mangkuk


kalau anda berada di sekitar Setiu, boleh la cuba-cuba mingle around dengan local kat sini. Mana tahu diorang baik hati nak bawa korang pergi kutip kepah. Nothing much, sekurang-kurangnya kita dapat rasa bagaimana sukarnya untuk kutip kepah ni. Memang ambil masa agak lama dan terpaksa berjemur dibawah terik matahari.

Lokasi: Kampung Mangkuk, Penarik, Setiu, 22120 Kampong Mangkok, Malaysia


Snorkeling di Taman Laut Pulau Redang

Snokerling, selalu menjadi kegemaran aku dan mungkin ramai orang. Dengan airnya yang begitu jernih, Pulau Redang pastinya tidak menghampakan jika anda nak menyelam dan tengok hidupan laut. Ianya memang terkenal, oleh itu pandai-pandai la korang plan masa nak visit ke sini (untuk elak sesak ramai orang).


Lokasi: Pulau Redang, Terengganu, 21080 Kuala Terengganu, Malaysia

Jom candat sotong! 

Diadakan mengikut musim yang sesuai, candat sotong juga salah satu tarikan utama di Terengganu. Sama seperti mengutip kepah, dengan melakukan aktiviti ini, anda secara tidak langsung akan sedar betapa susahnya nak tangkap sotong. Selain itu, anda juga dapat menikmati pemandangan matahari terbenam sambil candat. Boleh sewa satu bot dan pergi beramai-ramai.

Lokasi: Salah satu tempat terbaik untuk mencandat ialah di Pulau Redang.


Bersuka ria di Taman Tema Air Kenyir

Ini dikira antara tarikan baharu terdapat di Terengganu. Ianya sesuai untuk satu keluarga meluangkan masa bersama kerana tempat ini agak besar dan juga ada pelbagai jenis permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa. So, kalau plan nak ke taman tema air, boleh la datang ke Taman Tema Air Kenyir.

Lokasi: Kenyir Water Park, Pulau Poh, Tasik Kenyir, Ulu Terengganu, Terengganu

Harga tiket: RM15 (Kanak-kanak), RM25 (Dewasa) 

Tempat penginapan di Terengganu

Senarai Penginapan di Terengganu


1)Sha Cottage and Chalet

Tengok gambar tempatnya menarik. Harga untuk chalet ialah RM50 semalam dan RM250 semalam bagi cottage. Lokasi pula terletak tepi pantai Rhu Renggeh, Marang.

Sha Cottage and Chalet
Lot 3637, Kg Rhu Renggeh
21080 Marang, Terengganu
Tel: 019-9886900

2) Anggulia Beach Resort

Anggulia Beach Resort ni hanya survey secara online. Terletak di bandar Marang. Banyak pilihan bilik tapi banyak bilih tengah penambahbaikan di lokasi tepi pantai. 

Angullia Beach Resort
Km 20, Kampung Rhu Muda,
21600 Marang, Terengganu.
Tel: 09-6181322
Faks: 09-6181322
Emel: reservation@angulliaresort.com


3) Semarak Bayu Resort

 resort memang cantik dan lokasi betul-betul di tepi pantai. Lagi best berdekatan dengan kedai makan di Pantai Kelulut. Kiranya memang best tapi lokasi agak jauh dari bandar Marang.

Semarak Bayu Resort
Pantai Kelulut,
21600 Marang, Terengganu
Tel: 016 925 7454 , 09-6181291


4) Saudagar Beach Resort

 Lokasi pun memang betul tepi pantai. Biliknya banyak ada 60 bilik kosong kesemua untuk musim perayaan dan bila-bila masa. Boleh datang walk in je. Harga RM80 semalam.

Saudagar Beach Chalet,
Lot 1544, Kg Rusila,
21080 Marang, Terengganu.
Tel: 013-9100965, 09-6182594


5) Chalet Ce’wer

Seterusnya survey ke Chalet Ce’wer. Kesemua lokasi chalet dan resort survey ni.

Tapi cik tom memang suka chalet Ce’Wer ni. Design chalet comel dan betul2 menghadap laut memang cantik sangat pemandangannya. Harga ialah RM80 per day. 

Ce’Wer Chalet 125,
Kg. Rusila,
21080 Marang, Terengganu.
Tel: 09-6183612, 019-9847373

6) Chalet Yunie

Kemudian teruskan lagi survey ke Chalet Yunie. Chalet Yunie ni ada 2 lokasi. Satu dekat pantai dan satu lagi berdekatan dengan tali air. Dua-dua tempat kira okay la. Rate harga kalau bilik kipas RM40 per day dan bilik aircond RM60 perday. 

Chalet Yunie
Lot 1320, Jalan Tali Air,
Kg. Rhu Dua,
21600 Marang, Terengganu
Tel: 0179569156 / 0169847494

7) Chalet Su

Chalet survey online je sebab dah tengok  untuk CNY. Rate harga kalau tak silap harga okay masih dalam range RM80. Lokasi tepi pantai, ada tempat barbeque dan nampak owner friendly.

Chalet Su
Kg.Rhu Dua
21600 Marang, Terengganu
Tel: 017-6797672

8) Marang Guest House 

 Lokasi Marang Guest House ni berhampiran dengan bandar Marang dan terletak di atas bukit. Kira tempat ni cantik pemandangannya. 

Harga RM40 untuk bilik kipas tapi untuk musim perayaan tambahan RM20 jadi total RM60 perday .untuk 4 hari 3 malam.

Marang Guest House
Kampung Paya,
21600 Marang, Terengganu.
Tel: 09-6181976

Tempat menarik di Terengganu


Negeri Terengganu mempunyai keunikan yang tersendiri juga mempunyai banyak tempat yang menarik di Terengganu yang boleh dilawati dari masa ke semasa. 

Terangganu dikurniakan khazanah alam seperti pantai, air terjun, pulau, warisan dan makanan yang memang unik tidak terdapat di negeri lain. 

Antara yang menjadi tarikan di Terengganu adalah Pantai Batu Buruk yang merupakan satu keunikan apabila pantai tersebut berada di Kuala Terengganu. Ia unik kerana pantai tersebut berada di ibu kota sebuah negeri dan merupakan satu tempat istirahat warga kota setelah penat bekerja. 



Taman Tamadun Islam adalah antara satu lagi keunikan Terengganu. Sebuah taman tema yang berkonsepkan senibina Islam ini memang merupakan satu daya tarikan pelancong. Anda boleh melihat sendiri pelbagai replika atau monumen seni bina Islam dalam skala kecil untuk tatapan dan ianya sangat sesuai untuk dilawati bersama anak-anak. Tidak jauh daripada taman tamadun islam ini juga terdapat Masjid Kristal yang memang terkenal dan merupakan satu destinasi wajib kepada mereka yang berkunjung ke Terengganu.


Pasar Payang – Pasar Payang menjadi satu daya tarikan pengunjung kerana banyak barangan tradisional Terengganu seperti batik Terengganu, songket, makanan seperti keropok lekor dan lain-lain boleh didapati di sini. Pasar Payang seringkali sesak dengan pengunjung pada waktu cuti sekolah. Merupakan satu destinasi wajib bagi mereka yang ingin melancong ke Terengganu ataupun yang berkunjung ke Kuala Terengganu.



Pulau Perhentian – Terengganu memang dikenali dengan banyak pulau-pulau yang menarik seperti Pulau Perhentian ini. Pulau Perhentian dikenali dengan air launnya yang biru sememangnya menjadi satu daya tarikan yang berkunjung ke sana. Terdapat Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil di sana dan kedua-duanya mempunyai keunikan yang tersendiri. 


Pulau Kapas – Antara Pulau yang menarik untuk dikunjungi di Terengganu. Ia dinamakan Pulau Kapas kerana pasir di pantainya yang putih seperti kapas. Air lautnya masih lagi jernih, biru dan belum tercemar. Sangat elok untuk datang ke sini dan dijadikan tempat untuk beristirehat. 


Tuesday, 8 November 2016

Makanan yang unik di Terengganu

Terengganu

Kedai & Tempat Makan Sedap Di Terengganu! Halal, Murah, Paling Best, Menarik, Popular & Enak! Unik & Terkenal Untuk Seisi Keluarga

Nasi Briyani Sedap bersama Ayam Goreng Panas-panas di Asfar Beryani, Kertih.

Berkunjung ke Terengganu, makanan yang paling dicari semestinya nasi dagang atau keropok lekor. Tetapi masih ramai yang berkunjung ke negeri Darul Iman ini tidak mengetahui, terdapat restoran yang menyediakan nasi briyani sedap bersama ayam goreng panas-panas! Restoran Asfar Beryani terletak di Bandar Baru Kerteh (sebelah Pejabat Pos Kertih).


Restoran Zul Ikan Bakar. Ikan Bakar sedap dengan harga terbaik di Besut, Terengganu

Restoran Zul Ikan Bakar. Ikan Bakar sedap dengan harga terbaik di Besut, Terengganu Besut, Terengganu memang terkenal sebagai destinasi menarik dengan keindahan pantai, pulau dan tempat makan sedap. Sebagai contoh, Pantai Bukit Keluang, Besut terkenal dengan pemandangan indah dari atas Bukit Keluang dan Pulau Perhentian.


Restoran Mat Binjai, Kuala Terengganu

Masih mencari tempat makan best di Terengganu? Tak tahu dimana boleh makan makanan kampung Negeri Terengganu? Saya cadangkan anda makan di Restoran Mat Binjai yang terletak di Jalan Sultan Sulaiman. Restoran Mat Binjai memang terkenal dalam kalangan penduduk Kuala Terengganu sendiri dan juga pelancong luar, mereka menyediakan telur penyu sebagai hidangan special di kedai tersebut.


Keropok Lekor Bukit Tok Beng 

Keropok lekor merupakan makanan yang sangat popular di Terengganu. Bagi mereka yang selalu membeli keropok lekor pasti tahu tempat yang menjual keropok lekor yang sedap dan enak. Keropok lekor Terengganu terkenal dengan ramuan isi ikan yang lebih banyak berbanding yang dijual di Kuala Lumpur atau tempat lain. 


Western Food Hazlan Bistro, Kuala Terengganu

Dekat Kuala Terengganu ada restoran western ke? Mestilah ada….Tapi jika tak nak yang biasa-biasa dan inginkan yang sedap kami cadangkan ke Hazlan Bistro. Kali ini saya meluangkan masa merasa makanan western di Hazlan Bistro, Kuala Terengganu. Restoran ini dicadangkan sendiri oleh ayah saya, Pok Din Dj Square. 


Ikan Celup Tepung Warung Pok Nong, Terengganu. 

Warung Pok Nong Kalau bercuti ke Terengganu jika tak makan ikan celup tepung dan sotong celup tepung di sana memang tak sah. Terdapat banyak warung yang sedap dan menjadi tumpuan ramai terutamanya di waktu petang. Warung Pok Nong merupakan salah satu daripadanya. Perniagaan Warung Pok Nong bermula sejak 20 tahun dahulu.


Restoran Nasi Arab Al-Edrus Kuala Terengganu

Beberapa hari ini semakin ramai mencari-cari di manakah restoran nasi arab yang sedap dan best. Tidak dinafikan nasi arab sememangnya digemari semua golongan termasuk kami sendiri. Sememangnya restoran nasi arab sangat mudah ditemui di Lembah Klang tetapi bagaimana pula di negeri-negeri pantai timur.?


Ikan Celup Tepung di D’Coconut, Pantai Teluk Ketapang

Tumpuan utama apabila pelancong di dalam atau di luar negeri datang ke Kuala Terengganu semestinya disebabkan oleh Ikan Celup Tepung (ICT). Sajian ini tersangat popular di Terengganu. Boleh di katakan kedai atau warung yang menjual ikan celup tepung mudah ditemui terutama di Kuala Terengganu. jadi di mana nak cari ikan celup tepung yang rangup .






Peta Terengganu

TERENGGANU

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia . Terengganu terletak di Pantai Timur Semanjung Malaysia . Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50 ( dilihat peta) . Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan pahang Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2.
Maklumat agensi pelancongan di terengganu



Agensi Pelancongan Di Terengganu

Actualpadu Tours Sdn. Bhd.
d/a Motel Desa Sdn. Bhd.
Bukit Pak Apil,
20300 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6223033/488/872, 03-21444446

Bahtera Redang Travel & Tours Sdn. Bhd.
Lot PT 3207 P, Tingkat 2, Jalan Petani,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6301610

Bestay Travel & Tours Sdn. Bhd.
No. 135, Jalan Bandar,
20100 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6226418

Blueocean Travel & Tours Sdn. Bhd. 
19-C, 1st Floor, Jalan Tok Lam,
20100 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6233838, 09-6233388

Coast To Coast Holiday Sdn. Bhd.
(Eco Diving (M) Sdn.Bhd)
No. 9, Jalan Kampung Dalam,
20100 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6229133

De Lang Resort Travel & Tours Sdn. Bhd.
1129-B, 1st Floor, Jalan Bukit Kecil,
21100 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6239911