Negeri Terengganu mempunyai keunikan yang tersendiri juga mempunyai banyak tempat yang menarik di Terengganu yang boleh dilawati dari masa ke semasa.
Terangganu dikurniakan khazanah alam seperti pantai, air terjun, pulau, warisan dan makanan yang memang unik tidak terdapat di negeri lain.
Antara yang menjadi tarikan di Terengganu adalah Pantai Batu Buruk yang merupakan satu keunikan apabila pantai tersebut berada di Kuala Terengganu. Ia unik kerana pantai tersebut berada di ibu kota sebuah negeri dan merupakan satu tempat istirahat warga kota setelah penat bekerja.
Taman Tamadun Islam adalah antara satu lagi keunikan Terengganu. Sebuah taman tema yang berkonsepkan senibina Islam ini memang merupakan satu daya tarikan pelancong. Anda boleh melihat sendiri pelbagai replika atau monumen seni bina Islam dalam skala kecil untuk tatapan dan ianya sangat sesuai untuk dilawati bersama anak-anak. Tidak jauh daripada taman tamadun islam ini juga terdapat Masjid Kristal yang memang terkenal dan merupakan satu destinasi wajib kepada mereka yang berkunjung ke Terengganu.
Pasar Payang – Pasar Payang menjadi satu daya tarikan pengunjung kerana banyak barangan tradisional Terengganu seperti batik Terengganu, songket, makanan seperti keropok lekor dan lain-lain boleh didapati di sini. Pasar Payang seringkali sesak dengan pengunjung pada waktu cuti sekolah. Merupakan satu destinasi wajib bagi mereka yang ingin melancong ke Terengganu ataupun yang berkunjung ke Kuala Terengganu.
Pulau Perhentian – Terengganu memang dikenali dengan banyak pulau-pulau yang menarik seperti Pulau Perhentian ini. Pulau Perhentian dikenali dengan air launnya yang biru sememangnya menjadi satu daya tarikan yang berkunjung ke sana. Terdapat Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil di sana dan kedua-duanya mempunyai keunikan yang tersendiri.
Pulau Kapas – Antara Pulau yang menarik untuk dikunjungi di Terengganu. Ia dinamakan Pulau Kapas kerana pasir di pantainya yang putih seperti kapas. Air lautnya masih lagi jernih, biru dan belum tercemar. Sangat elok untuk datang ke sini dan dijadikan tempat untuk beristirehat.
No comments:
Post a Comment