Bermain dengan gajah di Perkampungan Gajah Kenyir (Kenyir Elephant Village)
Sebagai seorang pencinta alam, Perkampungan Gajah Kenyir ternyata tidak menghampakan aku. Kunjungan ke sini penuh dengan rasa puas hati sebab dapat berjalan dan menikmati pemandangan tumbuhan hijau yang cantik serta berpeluang untuk melihat persembahan gajah.
Lokasi: Pengkalan Gawi, Sungai Telemong, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia
Harga tiket: RM15 (kanak-kanak), RM30 (dewasa)
Kutip Kepah di Kampung Mangkuk
kalau anda berada di sekitar Setiu, boleh la cuba-cuba mingle around dengan local kat sini. Mana tahu diorang baik hati nak bawa korang pergi kutip kepah. Nothing much, sekurang-kurangnya kita dapat rasa bagaimana sukarnya untuk kutip kepah ni. Memang ambil masa agak lama dan terpaksa berjemur dibawah terik matahari.
Lokasi: Kampung Mangkuk, Penarik, Setiu, 22120 Kampong Mangkok, Malaysia
Snorkeling di Taman Laut Pulau Redang
Snokerling, selalu menjadi kegemaran aku dan mungkin ramai orang. Dengan airnya yang begitu jernih, Pulau Redang pastinya tidak menghampakan jika anda nak menyelam dan tengok hidupan laut. Ianya memang terkenal, oleh itu pandai-pandai la korang plan masa nak visit ke sini (untuk elak sesak ramai orang).
Lokasi: Pulau Redang, Terengganu, 21080 Kuala Terengganu, Malaysia
Jom candat sotong!
Diadakan mengikut musim yang sesuai, candat sotong juga salah satu tarikan utama di Terengganu. Sama seperti mengutip kepah, dengan melakukan aktiviti ini, anda secara tidak langsung akan sedar betapa susahnya nak tangkap sotong. Selain itu, anda juga dapat menikmati pemandangan matahari terbenam sambil candat. Boleh sewa satu bot dan pergi beramai-ramai.
Lokasi: Salah satu tempat terbaik untuk mencandat ialah di Pulau Redang.
Bersuka ria di Taman Tema Air Kenyir
Ini dikira antara tarikan baharu terdapat di Terengganu. Ianya sesuai untuk satu keluarga meluangkan masa bersama kerana tempat ini agak besar dan juga ada pelbagai jenis permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa. So, kalau plan nak ke taman tema air, boleh la datang ke Taman Tema Air Kenyir.
Lokasi: Kenyir Water Park, Pulau Poh, Tasik Kenyir, Ulu Terengganu, Terengganu
Harga tiket: RM15 (Kanak-kanak), RM25 (Dewasa)
No comments:
Post a Comment