Terengganu
Kedai & Tempat Makan Sedap Di Terengganu! Halal, Murah, Paling Best, Menarik, Popular & Enak! Unik & Terkenal Untuk Seisi Keluarga
Nasi Briyani Sedap bersama Ayam Goreng Panas-panas di Asfar Beryani, Kertih.
Berkunjung ke Terengganu, makanan yang paling dicari semestinya nasi dagang atau keropok lekor. Tetapi masih ramai yang berkunjung ke negeri Darul Iman ini tidak mengetahui, terdapat restoran yang menyediakan nasi briyani sedap bersama ayam goreng panas-panas! Restoran Asfar Beryani terletak di Bandar Baru Kerteh (sebelah Pejabat Pos Kertih).
Restoran Zul Ikan Bakar. Ikan Bakar sedap dengan harga terbaik di Besut, Terengganu
Restoran Zul Ikan Bakar. Ikan Bakar sedap dengan harga terbaik di Besut, Terengganu Besut, Terengganu memang terkenal sebagai destinasi menarik dengan keindahan pantai, pulau dan tempat makan sedap. Sebagai contoh, Pantai Bukit Keluang, Besut terkenal dengan pemandangan indah dari atas Bukit Keluang dan Pulau Perhentian.
Restoran Mat Binjai, Kuala Terengganu
Masih mencari tempat makan best di Terengganu? Tak tahu dimana boleh makan makanan kampung Negeri Terengganu? Saya cadangkan anda makan di Restoran Mat Binjai yang terletak di Jalan Sultan Sulaiman. Restoran Mat Binjai memang terkenal dalam kalangan penduduk Kuala Terengganu sendiri dan juga pelancong luar, mereka menyediakan telur penyu sebagai hidangan special di kedai tersebut.
Keropok lekor merupakan makanan yang sangat popular di Terengganu. Bagi mereka yang selalu membeli keropok lekor pasti tahu tempat yang menjual keropok lekor yang sedap dan enak. Keropok lekor Terengganu terkenal dengan ramuan isi ikan yang lebih banyak berbanding yang dijual di Kuala Lumpur atau tempat lain.
Western Food Hazlan Bistro, Kuala Terengganu
Dekat Kuala Terengganu ada restoran western ke? Mestilah ada….Tapi jika tak nak yang biasa-biasa dan inginkan yang sedap kami cadangkan ke Hazlan Bistro. Kali ini saya meluangkan masa merasa makanan western di Hazlan Bistro, Kuala Terengganu. Restoran ini dicadangkan sendiri oleh ayah saya, Pok Din Dj Square.
Ikan Celup Tepung Warung Pok Nong, Terengganu.
Warung Pok Nong Kalau bercuti ke Terengganu jika tak makan ikan celup tepung dan sotong celup tepung di sana memang tak sah. Terdapat banyak warung yang sedap dan menjadi tumpuan ramai terutamanya di waktu petang. Warung Pok Nong merupakan salah satu daripadanya. Perniagaan Warung Pok Nong bermula sejak 20 tahun dahulu.
Restoran Nasi Arab Al-Edrus Kuala Terengganu
Beberapa hari ini semakin ramai mencari-cari di manakah restoran nasi arab yang sedap dan best. Tidak dinafikan nasi arab sememangnya digemari semua golongan termasuk kami sendiri. Sememangnya restoran nasi arab sangat mudah ditemui di Lembah Klang tetapi bagaimana pula di negeri-negeri pantai timur.?
Ikan Celup Tepung di D’Coconut, Pantai Teluk Ketapang
Tumpuan utama apabila pelancong di dalam atau di luar negeri datang ke Kuala Terengganu semestinya disebabkan oleh Ikan Celup Tepung (ICT). Sajian ini tersangat popular di Terengganu. Boleh di katakan kedai atau warung yang menjual ikan celup tepung mudah ditemui terutama di Kuala Terengganu. jadi di mana nak cari ikan celup tepung yang rangup .
No comments:
Post a Comment